Tranung Trail Fest 2025
Tarikh: 23 – 25 Mei 2025 (Jumaat - Ahad)
Lokasi: KTCC Mall, Kuala Terengganu
Jom terokai pesona Terengganu dari sudut yang berbeza di TRANUNG
TRAIL FEST 2025 – sebuah festival unik yang membawa anda menjelajah melalui
pameran jejak warisan, alam semula jadi, seni budaya, dan keindahan kampung
tradisi!
Apa yang menanti anda?
1. Pameran Jejak Eksklusif:
Kuala Terengganu Heritage Trail
Rumah Tiang Kembar, Bukit Puteri, Pasar Payang, Kampung Cina dan
banyak lagi!
Losong Trail
Kampung Budaya, Muzium Negeri, Kerepok Losong, Masjid Kristal
Marang Scenic Drive (Route 3)
Pulau Kekabu, Kampung Nelayan Jambu Bongkok, Hutan Gelam
Setiu Wetlands Trail
Terrapuri Heritage Village, Rumah Botol, Setiu Boardwalk, Fireflies
Cruise, dan kraftangan tradisional Setiu
2. Reruai Bergambar & Photobooth:
Ambil gambar kenangan di reruai bertema setiap trail – wajib ‘OOTD’!
3. Demonstrasi Kraf Tradisional:
• Batik Lukis & Terap
• Ukiran Tembaga
• Replika Bot
• Wau Sobek
4. Jualan Kraf & Makanan Tradisional:
Lok Lit, Jala Emas, Anyaman Tikar, Songket, Tanjak, Ketupat Palas
dan banyak lagi!
5. Persembahan Seni & Budaya Komuniti:
• Dikir Barat
• Tarian Cilik Tradisional
• Silat Gayong
6. Aktiviti & Pertandingan:
• Treasure Hunt – cari harta tersembunyi!
• Permainan Tradisional – cuba main macam zaman dulu-dulu!
Mari kita meriahkan Kuala Terengganu, hayati keunikan setiap trail,
dan raikan kekayaan warisan Terengganu dengan cara yang paling seronok dan
berwarna-warni!
-Beautiful Terengganu Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.