Friday 10 May 2024

RMWF 2024, tawar hiburan bertenaga, hadiah istimewa untuk pengunjung


KUCHING: Pengunjung Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024 berpeluang membawa balik hadiah menarik bernilai lebih RM100,000 dengan menyertai peraduan yang diadakan sepanjang pesta itu.


Jurucakap Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) berkata, pada RWMF tahun ini, semua pembeli tiket pas tiga hari dewasa berpeluang memenangi Mitsubishi Triton 4X4 VGT AT Premium atau basikal elektrik, Ebixon Bold EV Bike, manakala pembeli tiket pas sehari dewasa layak memenangi basikal elektrik.


Bagi pembeli tiket baharu, peraduan dihantar oleh Ticket2U.com melalui e-mel bersama tiket mereka. "Pembeli tiket lebih awal boleh mengakses peraduan sama ada melalui RWMF.net atau platform tiket Ticket2U.


"Perayaan yang dinanti-nantikan itu akan berlangsung dari 28 Jun hingga 30 Jun 2024 di Kampung Budaya Sarawak mulai jam 10 pagi," katanya menerusi kenyataan.


Jurucakap itu berkata, RWMF 2024 menawarkan kemeriahan dengan menampilkan persembahan bertenaga penghibur antarabangsa dan tempatan termasuk Kitaro, Kelab Sosial Havana, Datuk Zainalabidin serta ramai artis tempatan berbakat besar antaranya Belle Sisoski.


Bertemakan EVOLUSI, RWMF 2024 mempamerkan 21 persembahan secara keseluruhan dengan 68 pemuzik antarabangsa dari 14 negara bersama 63 artis Malaysia. "RWMF 2024 juga menjanjikan pengalaman menikmati muzik yang mengasyikkan dengan latar belakang landskap hutan hujan," katanya.


Aksi antarabangsa lain yang akan tampil termasuk Alright Mela Meets Santoo (Pakistan/Perancis), Bourbon Lassi (Australia/Malaysia), Imarhan (Algeria/Perancis), Krakatau Ethno (Indonesia), Nini (Taiwan/USA), Rizal Hadi dan Rakyat (Indonesia), Rhythm Rebels Menampilkan Selonding Bali Aga (Indonesia) dan Tribal Tide (Singapura).


Pengunjung RWMF 2024 juga akan dihiburkan dengan aksi penghubur Malaysia yang lain seperti The Borneo Collective, Adrian G, Alena Murang, Nisa Addina, Salammusik, The Color of Sound's Malaysia, Tuni Sundatang and Zarul @OurBodySound.


Bagi penggemar muzik yang ingin menikmati festival itu boleh mendapatkan pas tiga hari yang memberikan akses kepada semua yang ditawarkan oleh RWMF 2024.


Pas berharga RM635 untuk dewasa itu akan memastikan pengunjung menikmati festival muzik dan budaya dengan selesa.


Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Rainforest World Music Festival 2024 di www.rwmf.net. atau platform tiket Ticket2U.

-berita harian.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.