Wednesday 22 May 2024

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah

 


PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan pada Ogos tahun ini akan berlangsung di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, manakala sambutan Hari Malaysia sebulan kemudian pula ditetapkan di Sabah dengan lokasinya akan ditentukan kemudian.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.


"Mesyuarat hari ini memutuskan mengenai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Putrajaya, sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Sabah.

"Lokasi khusus sambutan Hari Malaysia akan diumumkan selepas mesyuarat pertama dipengerusikan bersama saya dan Datuk Christina Liew (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah)," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet.

Ini adalah kali keenam sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya dengan kali pertama ialah pada 2003. Sambutan tahun ini juga penganjuran kali kedua di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tahun lalu.

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September tahun lalu diadakan di Stadium Perpaduan di Kuching, Sarawak dengan menggunakan tema sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'.

-berita harian.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.