Monday, 17 July 2023

Majlis Sambutan Penerbangan Semula Air Asia X dari Macau ke Kota Kinabalu

 


16 Julai 2023 - YBhg. Dato’ Dr Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, menghadiri Majlis Sambutan Penerbangan Semula Air Asia X dari Macau ke Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabangsa KK, Sabah.

Penerbangan ini dijadualkan 4 kali seminggu, dengan jumlah 744 tempat duduk seminggu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Macau. Majlis sambutan ini turut dihadiri Puan Mary Malangking, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar, Sabah (KEPTAS) yang mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah.

Majlis ini dihadiri bersama rakan strategik Tourism Malaysia, Sabah Tourism Board. YBhg. Dato’ Dr. Ketua Pengarah dalam rangka lawatan rasmi ke Sabah bagi Program Sail Passage to Malaysia & Sabah Park dari 15-17 Julai 2023.

 Seramai 177 pelancong Macau turut disambut dan diraikan dalam majlis ini.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.