Monday 31 July 2023

Majlis Penyampaian Cek kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan Melaka

 


YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya hadir menyampaikan Cek Replika kepada YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan YAB Datuk Seri AB Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan, iaitu peruntukan sebanyak RM25 juta kepada Negeri Pulau Pinang dan RM25 juta juga kepada Negeri Melaka melalui Pembentangan Belanjawan 2023 di bawah Inisiatif Pemeliharaan Tapak Warisan Dunia. 

YB Menteri juga mengumumkan Peruntukan sebanyak RM5 juta kepada Kerajaan Negeri Melaka bagi tujuan promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024.

Negeri Melaka dan Bandaraya George Town disenaraikan di bawah World Heritage List UNESCO, ini merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat dunia untuk tapak warisan.

Pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO turut membawa banyak manfaat dan kelebihan yang bukan sahaja dari segi perlindungan dan pemeliharaannya, bahkan dapat mengangkat visibiliti Malaysia di mata dunia sebagai produk pelancongan yang mempunyai branding dan prestijnya tersendiri.

Sehubungan itu, sebagai negeri-negeri yang menjadi tumpuan para pelancong, Pulau Pinang dan Melaka digalakan oleh YB Menteri lebih bergiat dalam menambah baik dan mengekalkan monumen bersejarah.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Dato’ Mohd Sayuthi Bin Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Yeoh Soon Hin, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, YB Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan Pulau Warisan, Seni dan Budaya Melaka, YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), MOTAC serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

-MOTAC.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.