Saturday 22 July 2023

Lawatan Rasmi YB Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ke Kuantan, Pahang

 


17 JULAI 2023: YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah mengadakan lawatan rasmi ke Kuantan, Pahang pada 17-18 Julai yang lalu. Turut hadir sama Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, YBrs. Puan 'Ainu Sham binti Haji Ramli disantuni oleh Pengarah MOTAC Pahang, Mohd Fharid bin Saidu dan Pengarah Kraftangan Pahang, Encik Juhari bin Azmi.

Antara tempat lawatan yang dikunjungi oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan ialah  Perkampungan Tenun Pahang Diraja Tunku Azizah di Pekan, Usahawan Logam, Kampung Jaya Gading, Bengkel Usahawan Kraf RM Batik, Medan Warisan, Bengkel Usahawan Kayu KPK Design & Furniture, Bazar Serambi Teruntum di Kuantan serta beberapa lokasi di Temerloh iaitu  Pusat Inkubator Kraf, Inakraf dan Warisan Craft Wood. 

Selain itu, YB Khairul Firdaus Akbar Khan juga mengambil kesempatan untuk menghadiri Sesi Dialog bersama Usahawan Negeri Pahang di Galeri Perbadanan Kemajuan Kraftangan Cawangan Pahang bertempat di Kuantan. Sesi Dialog ini telah membuka ruang dan kesempatan kepada usahawan tempatan mengeluarkan idea dan pendapat untuk disampaikan terus kepada YB Timbalan Menteri MOTAC.

-MOTAC.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.