Thursday 11 August 2022

Pesta Wau Kebangsaan Kelantan 2022 @ Pantai Geting, Tumpat, Kelantan ( 11 ~ 13 Ogos 2022 )

 


PESTA WAU KEBANGSAAN KELANTAN 2022 

Tarikh : 11 - 13 Ogos 2022

Tempat : Pantai Geting , Tumpat, Kelantan

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat  Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat, Persatuan Layang-Layang Kelantan (PELAYANG) dan Majlis Pelayang Malaysia akan menganjurkan Pesta Wau Kebangsaan Kelantan pada 11-13 Ogos 2022(Khamis – Sabtu), bertempat di Pantai Geting, Tumpat,Kelantan

Jom beramai-ramai datang dan memeriahkan Pesta Wau Kebangsaan Kelantan 2022. Pesta wau telah diadakan sejak tahun 1982. Selepas itu, ianya telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti promosi pelancongan tahunan bagi negeri Kelantan. Pesta Wau Kebangsaan Kelantan ini merupakan kali yang ke-39 ianya dianjurkan di Negeri Kelantan.

Pelbagai aktiviti menarik bakal dianjurkan seperti :

1. Pertandingan membuat wau 

2. Pertandingan wau bercahaya 

3. Pertandingan mewarna bersama Adabi 

4. Persembahan layang - layang 

5. Bengkel membuat wau 

6. Persembahan Kebudayaan 

7. Pertandingan memasak Adabi

8. Pertandingan Kopi Tarik Adabi

Masuk adalah percuma.

-Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.