Sunday 28 August 2022

Tourism Malaysia Anjur Program Minggu Makanan Malaysia Di Beijing, China

 


25 Ogos 2022 - Majlis pelancaran Minggu Makanan Malaysia 2022 telah disempurnakan oleh TYT Raja Dato' Nushirwan Zainal Abidin, Duta Besar Malaysia ke China pada 25 Ogos 2022. Antara tetamu yang hadir terdiri daripada Duta negara negara ASEAN, Austria, Charge d' Affaires Sepanyol, Diplomat Asing, media dan pemain industri pelancongan China.

Minggu Makanan Malaysia anjuran Tourism Malaysia Beijing bersempena Program Malaysia Truly Asia Festival 2022 anjuran Kedutaan Besar Malaysia di China sedang berlangsung di China World Hotel Beijing dari 25 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022.

Objektif penganjuran adalah untuk mempromosikan Malaysia kepada rakyat China dan sebagai jendela untuk rakyat China mengenali Malaysia dengan lebih dekat melalui makanan. Tourism Malaysia mengalu-alukan ketibaan pelancong China ke Malaysia setelah pintu sempadan China dibuka nanti.

Sebanyak 50 jenis makanan dipertonton kepada umum sempena Minggu Makanan Malaysia 2022. Antara makanan Malaysia adalah nasi lemak, satay, laksa, roti canai serta pelbagai lagi jenis masakan malaysia termasuk buah durian sebagai salah satu tarikan.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.