Saturday 13 August 2022

Terokai destinasi pelancongan berbasikal dengan komuter

 


SEREMBAN: Penggemar aktiviti berbasikal kini boleh meneroka laluan menarik melalui perkhidmatan tren KTM Komuter selepas Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) membenarkan semua jenis basikal dibawa masuk secara percuma bermula 6 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha berkata, penunggang basikal sama ada secara persendirian atau berkumpulan boleh membawa basikal mereka pada luar waktu puncak pada hari bekerja dan sepanjang masa pada hujung minggu. 

“Sebelum ini, KTMB hanya memberi kebenaran kepada basikal lipat namun mulai 6 Ogos lalu semua jenis basikal termasuk road bike dibenarkan menggunakan KTM Komuter pada masa ditetapkan.

“KTMB pernah melancarkan tren khas Express Koc Basikal (XKB) di laluan Tanjung Malim dan Kuala Kangsar, Perak yang mana ia boleh membawa hampir 100 basikal ke destinasi permintaan pelanggan,” katanya pada Majlis Perasmian Seremban Cylo Tourism @ Terokai Seremban Dengan Basikal di Stesen Keretapi Seremban di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali dan Setiausaha MBS, Mas Midyawan Yahya.

Mohd. Zaini memaklumkan, sebelum ini caj RM2 dikenakan kepada pengguna yang membawa basikal ke dalam tren.

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.