Friday, 23 September 2016

Tourism Malaysia Sertai MATTA FAIR PENANG 2016

GEORGE TOWN, 22 September 2016 – Tourism Malaysia Pulau Pinang telah menyasarkan jualan pakej bernilai RM100,000 melalui penawaran pelbagai produk dan pakej pelancongan domestik pada pameran pelancongan “MATTA Fair Penang 2016” yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 September di Strait Quay Convention Centre, George Town.

Seramai lima peserta yang terdiri daripada pengusaha produk pelancongan, agensi pelancongan, pengusaha hotel/resort dan pengusaha inap desa dari Pulau Pinang dan Kedah akan mengambil bahagian dalam pameran pelancongan ini di bawah payung Tourism Malaysia Pulau Pinang.
Penganjuran semula “MATTA Fair Penang” ini diharapkan dapat merangsang minat para penduduk dan ekspatriat di utara tanah air untuk melancong dalam negara sendiri selepas kali terakhir menganjurkannya hampir tiga tahun yang lalu. “MATTA Fair Penang” sebelum ini dianjurkan di Penang International Sport Arena (PISA) atau kini dikenali sebagai SPICE Arena di Bayan Lepas.
Seramai 114 pempamer yang terdiri daripada pelbagai agensi pelancongan, hotel dan resort serta pengusaha produk pelancongan dari seluruh negara akan menyertai pameran selama 3 hari yang dianjurkan oleh MATTA Penang Chapter ini.
Bagi “MATTA Fair Penang 2016” ini, Tourism Malaysia Pulau Pinang telah menyasarkan peningkatan sebanyak 30% jumlah pengunjung daripada tahun-tahun sebelumnya.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.