Orangramai berpusu-pusu berkunjung pada hari terakhir MATTA Fair di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. |
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pengunjung dari dalam dan luar negara terus berpusu-pusu mendapatkan pakej menarik yang disediakan di PWTC pada hari terakhir penganjurannya hari ini.
Eksekutif Jualan Cemerung Outdoor Adventure Sdn. Bhd., Nurul Azira Hussin berkata, penyertaan sulung syarikatnya di MATTA Fair telah berjaya meningkatkan tempahan lebih 80 peratus berbanding sebelum ini.
Syarikat itu yang mempromosi pakej percutian di Terengganu berkata, ini adalah cara terbaik syarikatnya memperkenalkan aktiviti lasak di negeri penyu bertelur itu yang selama ini hanya terkenal dengan keindahan pantai.
“Sebelum ini kami hanya jalankan promosi di media sosial, tetapi setelah Tourism Malaysia mencadangkan supaya kami menyertai MATTA Fair, ternyata ia membawa pulangan memberangsangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
MATTA Fair 2016 yang menampilkan penyertaan 198 syarikat dan agensi dari dalam dan luar negara melabuhkan tirainya hari ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan Taman Negara Nature Outdoor Sdn. Bhd., Mohamad Anas Zainudin berkata, peningkatan lebih 30 peratus tempahan ke Taman Negara, Pahang berbanding tahun lalu perlu direbut kerana pengunjung sentiasa mahukan kelainan dan ini adalah peluang untuk mereka mengetengahkan keunikan hutan simpan negara.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.