Tuesday, 28 April 2026

Tourism Malaysia Perkukuh Sokongan Terhadap Kempen Melawat Malaysia 2026 Menerusi Kerjasama Strategik Bersama Watsons Malaysia Sebagai Destinasi Kesihatan Dan Kecantikan

 

SEPANG – Tourism Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Watsons Malaysia bagi menyokong Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Inisiatif ini menyaksikan transformasi cawangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 menjadi "Destinasi Runcit Kesihatan dan Kecantikan" pertama yang menawarkan pengalaman membeli belah khusus buat pelawat antarabangsa sebaik tiba di Malaysia.

Inisiatif tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, bersama Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia merangkap Ketua Operasi (COO) Kesihatan dan Kecantikan Asia, AS Watson Group. Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting dalam kolaborasi sektor awam dan swasta bagi mempertingkatkan pengalaman para pelawat di Malaysia.

Dalam ucapannya, YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia berkata bahawa kerjasama strategik ini merupakan contoh terbaik penglibatan sektor swasta dalam mempertingkatkan mutu pengalaman keseluruhan pelawat dengan mengetengahkan produk dan budaya Malaysia kepada dunia.

“Bertemakan ‘Malaysia: Destinasi Lestari dan Kaya Budaya’, kempen ini memberi penekanan kepada pengalaman pelancongan yang autentik dengan mempamerkan keunikan warisan budaya, kepelbagaian tradisi serta keindahan alam semula jadi yang kita miliki,” katanya.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.