Tuesday, 26 August 2025

World Islamic Tourism & Trade Expo (WITEX) dan World Cultural Arts and Festival (WCAF) 2025

 

photo: PelanconganKini

World Islamic Tourism & Trade Expo (WITEX) dan World Cultural Arts and Festival (WCAF) 2025 telah berlangsung di Sunway Resort Hotel pada 22 hingga 24 Ogos 2025.

Acara ini merupakan platform utama global yang menghimpunkan kepelbagaian sektor dalam pelancongan Islam, perdagangan, kewangan, insurans, hospitaliti, perubatan, kebudayaan, kulinari dan lain-lain bidang berkaitan ekonomi Islam. Selain itu, acara turut mempamerkan kemajuan dalam pelancongan Islam global serta nilai seni dan budaya warisan yang memperkayakan pengalaman pelancong Muslim.

Tourism Malaysia turut terlibat dalam program ini dengan mangambil bahagian sebagai pempamer.  Antara aktiviti di reruai Tourism Malaysia adalah menyebarkan infomasi tempat-tempat pelancongan menarik di seluruh Malaysia, aktiviti VR, diskaun tempat pelancongan dan mempromosikan kempen VM2026.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.