Friday, 1 August 2025

Festival Udara Taiping 2025 @ Lapangan Terbang Tekah, Taiping ( 31 Julai ~ 3 Ogos 2025 )

 

Festival Udara Taiping 2.0 — Kembali Mewarnai Langit!

Tarikh: 31 Julai – 3 Ogos 2025

Lokasi: Lapangan Terbang Tekah, Taiping

Masuk adalah PERCUMA!

Dari landasan bersejarah... menuju langit penuh inovasi!

Lapangan Terbang Tekah, lapangan udara tertua di Malaysia... kini kembali menyala dengan semangat MENERAJU INOVASI, MENJULANG TRADISI

4 TARIKAN UTAMA YANG WAJIB ANDA SERTAI:

1. FORUM PERDANA BERSAMA USTAZ KAZIM ELIAS

> Acara pembukaan — pengisian jiwa bersama penceramah tersohor tanah air. Sebuah malam yang mendamaikan dan penuh hikmah.

2. PERSEMBAHAN ARTIS POPULAR!

> Kumpulan Kristal (2 Ogos malam)

> Harry Khalifah @ APAK (3 Ogos malam)

> Pentas hiburan mesra keluarga untuk semua generasi!

3. AKSI FLY-IN YANG JARANG DAPAT DILIHAT!

> Pesawat Cessna & helikopter mendarat secara langsung di Tekah! Saksikan kehebatan dunia penerbangan di hadapan mata anda!

4. LEBIH 30 AKTIVITI MENARIK SEPANJANG 4 HARI!

> Microlight, Paramotor, Aircraft Spot Landing

> Zon Pendidikan, Mewarna Kanak-Kanak

> Sukan Rakyat, Jaguh Kampung LMS

> Fun Shoot Memanah

> Persembahan Band PDRM

> Fiesta Rasa & Pameran Kereta Antik

> Gerai jualan & pameran agensi kerajaan

JANGAN LEPASKAN!

Rakam memori, kembalikan nostalgia, dan cipta pengalaman baru ...hanya di Tapak Warisan Udara Taiping.

-Tourism Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.