Friday, 8 August 2025

Mesyuarat Ke-62 Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan ASEAN (NTOs) & Mesyuarat Berkaitan

 

Boracay, Filipina, 3-8 Ogos 2025 - Mesyuarat ke-62 Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan ASEAN (NTOs) ini diadakan di Boracay dari 3 hingga 8 Ogos 2025 telah menghimpunkan pegawai-pegawai pelancongan ASEAN untuk membincangkan keutamaan utama sektor pelancongan serantau. Perbincangan tertumpu kepada kemajuan dan pelaksanaan Pelan Strategik Pelancongan ASEAN (ATSP) 2016–2025, pembangunan ASEAN Tourism Outlook, serta Deklarasi Pemimpin ASEAN mengenai Pelancongan Berkualiti. Perbincangan ini menegaskan komitmen bersama ASEAN dalam memajukan pelancongan yang mampan, inklusif, dan berkualiti tinggi di seluruh rantau ini.

Sebagai persediaan ke arah Sidang Kemuncak Menteri-menteri Pelancongan ASEAN yang dijadualkan berlangsung pada 29 September 2025 di Melaka, Malaysia turut membentangkan perkembangan aktiviti di bawah Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) bagi memastikan penyelarasan dengan strategi pelancongan serantau dan usaha integrasi ASEAN.

Malaysia sekali lagi menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh visi bersama ke arah membina komuniti pelancongan ASEAN yang lebih kukuh, saling terhubung dan berdaya tahan.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.