Saturday, 30 August 2025

Festival Budaya Malaysia 2025 Anjuran Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC)

 


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menganjurkan Festival Budaya Malaysia 2025 pada 12 hingga 16 September 2025 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur mulai jam 9.00 pagi hingga 11:00 malam.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan aktiviti seni dan budaya ke arah menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pelbagai pengisian menarik dan berimpak telah dirangka dalam penganjuran festival ini antaranya termasuk Citarasa Warisan yang mengetengahkan kepelbagaian kulinari tradisional Malaysia dengan lebih 100 gerai jualan makanan dan minuman, Pameran Kebudayaan Cina yang menampilkan keunikan seni, adat serta tradisi masyarakat Tionghoa, Pertandingan Silambam Antarabangsa yang memperlihatkan kehebatan seni mempertahankan diri masyarakat India, Persembahan Artis Popular Tanah Air serta Pameran Kraftangan yang mempamerkan hasil seni tangan halus daripada pelbagai negeri.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Jumpa anda di sana.

-ASWARA.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.