Tourism Malaysia
telah menerima penyerahan rasmi Tang Lung Maskot Tahun Melawat Malaysia 2026
berbentuk Wira & Manja daripada Persatuan Kesenian Tang Lung Malaysia. Penyerahan
ini berlangsung di Lobi MOTAC pada 25 Ogos 2025 bersempena sambutan Bulan
Kemerdekaan.
Tanglung ini
merupakan hasil ciptaan khas oleh Encik Gary Wong Siew Keong, Naib Pengerusi
Persatuan Kesenian Tang Lung Malaysia, yang juga penggiat seni tanglung
berpengalaman dalam industri ini. Hasil seni tersebut dihadiahkan kepada MOTAC
dan Tourism Malaysia sebagai bahan promosi rasmi VM2026.
Sesi ini
disempurnakan oleh YBhg. Datuk Manoharan Periasamy, Ketua Pengarah Tourism
Malaysia, dengan kehadiran ahli jawatankuasa Persatuan Kesenian Tang Lung
Malaysia, termasuk Encik Gary Wong Siew Keong, Encik Yep Wok Fong, Puan Vinis
Ng Yoke Ying, Encik Lau Wai Choon dan Encik Lee Han Kie. Turut hadir, Encik
Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Sekretariat VM2026.
Program
penyerahan ini bukan sahaja melambangkan kerjasama erat antara Tourism Malaysia
dan badan kebudayaan, tetapi juga memperkukuh usaha mempromosikan VM2026 dengan
elemen warisan seni yang unik serta penuh makna sempena sambutan kemerdekaan
negara.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.