Thursday 13 June 2024

Road To VMY2026: Restrategise The Marketing Action Plans For Tourism Malaysia Overseas Office

 


KUALA LUMPUR, 12 Jun 2024 - Tourism Malaysia telah menganjurkan sesi B2B (business-to-business) bersempena dengan program ROAD TO VMY2026: RESTRATEGISE THE MARKETING ACTION PLANS FOR TM OVERSEAS OFFICE.

Program ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama perniagaan, mengemas kini produk, dan mencapai persefahaman bersama dengan pelbagai pemegang taruh pelancongan di negara ini.

Kerjasama yang sedia ada antara pemain industri akan terus membantu meningkatkan penglibatan industri, perniagaan, dan mewujudkan kerjasama yang baik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Tourism Malaysia menghargai semangat setiakawan dengan rakan industri yang telah hadir dalam sesi ini antaranya ejen pelancongan, produk pelancongan, wakil penerbangan, dan pengusaha hotel.

Sesi B2B ini turut dihadiri oleh pengarah, wakil pemasaran pejabat Tourism Malaysia luar negara, serta pegawai tertinggi Tourism Malaysia, termasuk Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.