KUALA LUMPUR: Langkawi akan diposisikan sebagai pulau pilihan pelancong Islam bagi membolehkan ia bersaing dengan negara jiran.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan sektor pelancongan 'niche' memandangkan ketika ini Langkawi sukar bersaing dengan pulau di negara jiran.
Oleh itu, kita posisikan Langkawi sebagai pulau pilihan pelancong Muslim, supaya lebih ke arah kekeluargaan, lebih ke arah kerohanian.
"Setiap negeri
perlu memainkan peranan masing-masing… tidak perlu setiap negeri melakukan
perkara sama kerana ia akan menjejaskan dari sudut persaingan itu
sendiri," katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Teresa Kok Suh Sim (PH- Seputeh) berhubung usaha kerajaan untuk menarik pelancong asing ke negeri yang melaksanakan dasar kurang mesra kepada pelancong asing.
Sementara itu Khairul berkata, Malaysia menerima ketibaan 7.5 juta pelancong asing antara Januari hingga April tahun ini, berbanding 5.9 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
"Jumlah itu secara jelas menunjukkan bahawa strategi dilaksanakan sedikit sebanyak memberikan kesan yang baik," katanya.
Khairul berkata, terdapat beberapa strategi yang sudah dan akan dilaksanakan bagi menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), antaranya mengadakan sesi libat urus dan kerjasama dengan pelbagai Kementerian yang berkepentingan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta badan bukan kerajaan (NGO) industri pelancongan dan kebudayaan.
"Kementerian ini mengakui terdapat beberapa cabaran dalam menghadapi VM2026 seperti isu kebersihan, keselamatan, penyelenggaraan dan kekurangan produk-produk yang baru dan menarik.
"Namun begitu, kementerian optimis bahawa isu-isu ini dapat dikawal dengan kerjasama semua pihak khususnya kementerian, kerajaan negeri, pihak swasta dan NGO serta komitmen dan sokongan rakyat dalam menerima pelancong sempena VM2026 nanti," katanya.
-berita harian online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.