KANGAR: Kerajaan negeri menyeru masyarakat
setempat bersama-sama menyemarakkan lagi sektor pelancongan negeri melalui
konsep pelancongan berasaskan komuniti (CBT) yang memberi manfaat dan janaan
ekonomi secara langsung kepada yang terlibat.
Menteri
Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri dalam rangka tindakan untuk
menganjurkan Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024 berlandaskan kepada Tahun Melawat
Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
“Matlamat utama TMP
2024 dan Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025 adalah untuk menarik pelancong
menerokai pengalaman melancong di negeri Perlis.
“Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan
menggalakkan semua pihak untuk mengadakan aktiviti-aktiviti atau program dalam
menarik lebih ramai pengunjung ke Perlis,” katanya ketika merasmikan masjlis
pra-pelancaran Tahun Melawat Perlis 2024 di Dewan Banquet, Kompleks Setiausaha
Kerajaan di sini hari ini.
Tambah Mohd.
Shukri, untuk rekod, seramai 2.99 juta pelancong telah berkunjung ke Perlis
pada tahun 2022.
“Jumlah
ini meningkat dari tahun sebelumnya dan dilihat positif khususnya sewaktu era
pasca pandemik Covid-19 dan kedatangan pelancong telah memberikan limpahan
ekonomi secara terus kepada pemain industri sektor pelancongan yang mempunyai
rantaian ekonomi dan jaringan yang luas.
“Kerajaan
negeri sentiasa menyokong usaha-usaha ke arah mempertingkatkan prestasi
industri pelancongan di peringkat negeri Perlis dan ketersediaan produk
pelancongan yang berkualiti serta persekitaran bersih mampu menarik lebih ramai
kedatangan pelancong ke negeri kita ini,” katanya.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.