Saturday 18 March 2023

Program Kayuhan Santai Ekspres Koc Basikal (XKB) Kuala Lumpur - Gemas

 


Tren Khas XKB berlepas dari Stesen Kuala Lumpur menuju ke Gemas seawal jam 4.30 pagi dengan membawa tujuh (7) gerabak khas bersama 75 orang peserta dengan basikal masing-masing. Setibanya di Gemas, kumpulan ini bergabung dengan 80 peserta berbasikal tempatan.

Ekspres Koc Basikal (XKB) kayuhan santai ini membawa geng basikal menerokai laluan basikal luar daripada Kuala Lumpur dengan menaiki kereta api dan menjalankan aktiviti kayuhan ke destinasi luar daripada biasa.

Laluan kayuhan bermula dari Muzium Keretapi Gemas, Tugu Peringatan Perang, Jambatan Gantung, Kg. Londah dan Bukit Dua Juta. 

Program XKB ini juga sebahagian daripada usaha KTMB menyokong kempen Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dengan mengajak orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat. 

Sebarang pertanyaan mengenai tren khas atau charter train sila hubungi 03 2263 1078 atau emel ke chartertrain@ktmb.com.my

-KTMB.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.