Wednesday 1 March 2023

KOPPEMA Berhad Tandantangi Memorandum Kerjasama Bersama 4 Syarikat

 


Kuala Lumpur, 28 Januari 2023. Koperasi Kakitangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Berhad (KOPPEMA) hari ini menandatangani memorandum kerjasama (MoC) bersama empat syarikat dalam usaha menawarkan lebih manfaat dan perlindungan kepada anggota koperasi, sekali gus mewujudkan pulangan maksimum kepada anggota-anggota terlibat.

Majlis pertukaran MoC antara KOPPEMA dan Fastlane Emergency Resources Group Sdn Bhd, Kirim Bersatu Sdn Bhd, iMotorbike World Sdn Bhd dan Bumijez Sdn Bhd telah diadakan di Bangunan Ahli Parlimen, Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan.

-KOPPEMA Berhad.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.