PETALING JAYA: Grand final kejohanan golf
anjuran Malaysia Flying Golfers Association (MFGA) yang berlangsung di Johor
Bahru pada 5 dan 6 Disember ini menawarkan hadiah sebuah motosikal Ducati
Monster berharga RM72,900.
Bagaimanapun,
Ducati Monster tajaan Next Bike Sdn. Bhd. Ducati Malaysia itu hanya bakal
dibawa pulang oleh pemain yang berjaya melakukan pukulan Hole In One (HIO) di
lubang lapan Horizon Hill Golf & Country Club, Johor Bahru.
Presiden MFGA, Zulkifli Mohd. Razali berkata,
pihaknya amat menghargai dan berterima kasih di atas penajaan sebuah motosikal
Ducati oleh Next Bike Sdn. Bhd. bagi menambahkan lagi kemeriahan grand final
ini.
Menurut
Zulkifli, sehingga kini, penyertaan grand final sudah mencapai hampir 100
pemain dan daripada jumlah itu seramai 20 pemain adalah peserta dari luar
negara seperti Thailand, Taiwan, Korea dan Vietnam.
Beliau
bagaimanapun optimis pihaknya mampu mencapai sasaran 120 pemain sebelum
menjelang tarikh kejohanan.
Katanya,
kejohanan grand final itu diadakan sebanyak dua pusingan di mana pusingan
pertama akan berlangsung di Forest City Golf Resort dan pusingan kedua di
Horizon Hills Golf and Country Club.
“Sebelum memasuki grand final, kejohanan MFGA
ini sudah melalui sembilan pusingan dan ia berjalan lancar walaupun ada
beberapa pusingan terhenti seketika akibat pandemik Covid-19.
“Bagaimanapun kita
bersyukur kejohanan golf anjuran MFGA ini akhirnya sampai ke peringkat grand
final pada awal Disember ini di Johor,” katanya ketika ditemui Utusan
Malaysia di sini baru-baru ini.
Zulkifli memberitahu, matlamat utama kejohanan
itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pemain-pemain industri
pelancongan (travel agen), peserta tempatan dan luar negara selain
mempromosikan pelancongan golf dalam negara.
“Saya
berharap semua peserta akan menikmati pengalaman menarik bermain golf di Forest
City Golf Resort (Legacy Course) rekaan Jack Nicklaus dan di Horizon Hills GCC
hasil sentuhan Ross Watson.
“Bagi
peserta industri pelancongan dari luar negara, kami mengharapkan lebih banyak
usaha dan masa dapat diluangkan melalui rangkaian golf.
“Mereka
dari Thailand dan Singapura pasti mengingati Kejohanan Tiga Pihak Flying
Golfers yang sudah terhenti sekian lama. Dan menjadi hasrat MFGA untuk
memulakan semula kejohanan itu,” katanya.
Bagi
pihak MFGA, Zulkifli merakamkan penghargaan ikhlas kepada Tourism Malaysia dan
penaja-penaja yang menjayakan kejohanan itu sepanjang musim 2021/2022,
termasuklah ahli jawatankuasa penganjur kejohanan.
MFGA menetapkan yuran
penyertaan bagi kejohanan grand final dua pusingan ini sebanyak RM890 (twin
sharing) dan RM1,090 (single). Banyak hadiah-hadiah menarik menarik pemenang.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.