MELAKA 8 Okt. – Kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada produk pelancongan yang mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri ini mulai tahun depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, di bawah peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kerajaan negeri bercadang mewujudkan dua atau tiga lagi produk pelancongan baru bagi menambah tarikan orang ramai datang ke negeri ini. Menurutnya, usaha itu amat penting bagi memastikan orang ramai terus memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan dan secara tidak langsung membolehkan kerajaan negeri memperoleh pendapatan lebih daripada RM10 bilion mulai tahun depan.
‘‘Pada 2010, jumlah kedatangan pelancong adalah seramai 10.4 juta dan pendapatan yang diperolehi adalah RM9.26 bilion. ‘‘Pada tahun ini kita sasarkan kedatangan pelancong seramai 11 juta dengan anggaran pendapatan bakal mencecah RM10.5 bilion. Jika kita menambah produk baru yang sedia ada anggaran pendapatan dijangka melebihi daripada RM10 bilion tahun depan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah pembangunan landskap dan kemudahan pelancongan di Taman Botanikal, Ayer Keroh di sini, baru-baru ini. Mohd. Ali berkata, projek menaiktaraf Taman Botanikal menerusi peruntukan sebanyak RM30 juta yang turut menempatkan Taman Burung terbesar di Asia adalah salah satu produk pelancongan yang bakal menarik ramai pelancong datang ke negeri ini.
-Utusan Online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.