Thursday, 27 October 2011

Nikmati Night Travel Fair 2011


PUTRAJAYA 25 Okt. - Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia buat pertama kali akan menganjurkan Night Travel Fair 2011 di pusat pelancongan i-City Shah Alam, hujung minggu ini.


Ketua Penyelaras Cuti-cuti 1Malaysia (CC1M) Night Travel Fair 2011, Azhari Haron berkata, pameran pelancongan domestik waktu malam mulai pukul 5 petang hingga 12 tengah malam itu akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini (28~30 Oktober 2011). Menurutnya, lebih 2,500 pakej pelancongan domestik pada harga berpatutan akan ditawarkan oleh 70 agensi pelancongan termasuklah pengusaha inap desa dan hotel tempatan sepanjang pameran itu berlangsung.

''Sebelum ini kami mengadakan pameran pelancongan pada sebelah siang tetapi kali ini ia akan dianjurkannya pada sebelah malam. ''Kami ingin menjadikannya lebih santai dengan menyasarkan kepada golongan berkeluarga dan individu yang memilih waktu malam untuk mengunjungi pusat pelancongan itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.


Pameran waktu malam yang tidak akan mengenakan bayaran masuk itu dijadual dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit. Bagi memeriahkan lagi pameran itu, beberapa artis tempatan dibawa mengadakan persembahan di samping aktiviti kuiz pelancongan dan pertandingan mewarna


Azhari yang juga Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia berkata, pihaknya menjangkakan lebih 100,000 pengunjung membabitkan individu, pelajar, belia dan syarikat akan mengunjungi pameran itu selama tiga hari. Malah, beliau menambah, pihaknya juga menyasarkan jumlah jualan sepanjang tiga hari tersebut melebihi RM500,000.
''Aspek kreatif dan inovatif pada pakej pelancongan yang ditawarkan selain soal mutu perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi tumpuan utama para pengunjung," katanya.

-Utusan Online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.