Friday, 13 March 2026

Majlis Pengumuman Festival Kuala Lumpur 2026

 

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2026— Majlis Pengumuman Festival Kuala Lumpur 2026 telah berlangsung hari ini di Grey Box, GMBB sebagai sebahagian daripada inisiatif menyokong Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. TPr Haji Rosli Bin Nordin, Pengarah Eksekutif (Perancangan), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohd Akbal Setia, Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026 yang mewakili Tourism Malaysia, serta YBhg. Dato' Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City.

KL Fest merupakan festival kreatif, kebudayaan dan komuniti tahunan yang menampilkan hampir 80 program merangkumi seni persembahan, seni visual, sastera, filem, riadah, program kekeluargaan serta wacana awam yang berlangsung di bangunan warisan dan ruang awam sekitar Kuala Lumpur.

Festival ini dijangka memperkukuh Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan bandar yang dinamik serta menyokong aspirasi Kempen Melawat Malaysia 2026.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.