Thursday, 1 January 2026

VM2026 Dilancarkan: Malaysia Menyambut Mesra Pelawat Di Seluruh Negara

 

KUALA LUMPUR, 1 Januari 2026 - Tourism Malaysia menyambut ketibaan Tahun Baharu 2026 dengan penganjuran sambutan khas di pintu masuk antarabangsa dan hab pengangkutan utama negara secara serentak di 55 pintu masuk utama dan lokasi terpilih di kesemua 13 negeri di Malaysia bagi mengalu-alukan ketibaan pelawat antarabangsa bersempena pelancaran rasmi kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Majlis sambutan yang berlangsung di KLIA Terminal 1 turut diserikan dengan kehadiran YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Para pelawat disambut dengan persembahan kebudayaan, kemunculan maskot rasmi VM2026, Wira dan Manja, serta cenderamata istimewa yang mencerminkan kemesraan, keharmonian dan kepelbagaian budaya Malaysia.

Dengan lebih 300 acara dirancang sepanjang tahun dan sasaran 43 juta pelawat antarabangsa, VM2026 menjanjikan pelbagai pengalaman pelancongan yang unik dan mengujakan, mengajak dunia meneroka 'Surreal Experiences' di Malaysia sepanjang tahun 2026.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.