Monday, 19 January 2026

Raia Hotels terus berkembang dalam pasaran tempatan

 

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, landskap pelancongan tempatan menyaksikan kemunculan jenama hospitaliti tempatan yang semakin berani bersaing di peringkat nasional. 

Dalam arus persaingan itu, Raia Hotels tampil sebagai antara pesaing yang konsisten mencipta nama sejak penubuhannya pada 2020, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai rangkaian hotel tempatan yang berkembang pesat dalam industri pelancongan negara. 

Berteraskan prinsip membina rangkaian hotel kebanggaan Malaysia, Raia Hotels mengangkat pendekatan hospitaliti yang menekankan keselesaan, keterangkuman dan nilai mampu milik bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen pelancongan. 

Sebagai jenama yang diuruskan oleh UJ Hotels & Resorts Management Sdn Bhd, Raia Hotels memberi tumpuan kepada penyediaan pengalaman penginapan yang praktikal dan relevan dengan keperluan rakyat Malaysia.

Rangkaian Raia Hotels dibangunkan bagi memenuhi permintaan pelancong tempatan dan antarabangsa termasuk penganjuran mesyuarat, acara keramaian dan majlis perkahwinan.  

Perkembangannya juga dapat dilihat menerusi kehadiran di enam destinasi utama seluruh negara, merangkumi Alor Setar, Pulau Pinang, Terengganu, Kuching, Kota Kinabalu dan Port Dickson.

Pemilihan lokasi strategik berhampiran lapangan terbang, pusat bandar, kawasan pantai serta tarikan pelancongan utama menjadi antara faktor yang menyumbang kepada daya tarikan jenama ini dalam kalangan pelbagai lapisan pelanggan. 

Tawar perkhidmatan meluas

Walaupun sering dikaitkan dengan penginapan mesra keluarga, Raia Hotels sebenarnya menawarkan portfolio perkhidmatan yang lebih luas. 

Selain memenuhi keperluan percutian, rangkaian hotel ini turut menyokong segmen perniagaan dan acara berskala sederhana, selari dengan permintaan pasaran yang semakin pelbagai. 

Persepsi bahawa Raia hanya sebuah rangkaian kecil tempatan juga semakin berubah apabila jenama ini menunjukkan pertumbuhan konsisten di peringkat nasional. 

Pendekatan berorientasikan nilai menjadi teras utama penawaran Raia Hotels, dengan penekanan terhadap keseimbangan antara harga berpatutan dan kualiti perkhidmatan. 

Strategi ini membolehkan lebih ramai pelancong menikmati pengalaman percutian yang selesa tanpa menjejaskan bajet, sekali gus menyokong usaha memperluas akses kepada pelancongan domestik. 

Sumbang pembangunan komuniti 

Dalam masa sama, Raia Hotels turut memainkan peranan dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat melalui penciptaan peluang pekerjaan serta kerjasama dengan pemain industri tempatan.

Elemen hospitaliti Malaysia yang menitikberatkan nilai kemesraan dan budaya tempatan terus diterapkan dalam operasi harian, sejajar dengan aspirasi menjadikan percutian lebih bermakna buat tetamu. 

Bagi tahun 2025, Raia Hotels mencatatkan satu lagi pencapaian penting dengan pembukaan hartanah utama di Port Dickson, yang dijangka mengukuhkan lagi kehadiran jenama ini dalam segmen pelancongan pantai dan percutian keluarga. 

Perkembangan ini mencerminkan keyakinan syarikat terhadap potensi pertumbuhan jangka panjang industri hospitaliti tempatan. 

Seiring dengan perluasan rangkaian dan usaha penambahbaikan berterusan, Raia Hotels kekal komited untuk membina kepercayaan pengguna serta memperkukuh reputasinya sebagai jenama hotel tempatan yang inklusif dan boleh dipercayai. 

Melalui strategi pertumbuhan yang mampan dan berteraskan keperluan pasaran domestik, Raia Hotels terus meletakkan jenamanya sebagai antara pemain penting dalam landskap hospitaliti Malaysia.

-berita harian online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.