Wednesday 10 May 2023

Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Kereta Api Di Antara KTMB Dan GLHR

 


9 Mei 2023, Selasa, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Kereta Api di antara Great Leisure Heritage Rail Sdn. Bhd. (GLHR) yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pengangkutan (MOT), YBhg. Dato’ Razali Mohammad.   

MOU tersebut dimeterai dalam satu majlis yang diadakan di The Everly Hotel, Putrajaya yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, YBhg. Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin, Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob manakala GLHR dihadiri oleh Pengarah Urusan, Dato’ Paduka Dzulfadly Bin Abdullah.

Turut hadir, Mohd Shahriman Shafein Ketua Pengarah Rel, (MOT), Hasry Harun Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kereta Api Malaysia (MRDC) dan barisan Ketua-Ketua Jabatan KTMB serta rakan-rakan media.

Dalam ucapan YBrs. Suhaimi Yaacob, beliau berharap menerusi kolaborasi strategik ini, sebuah sinergi yang produktif bagi kedua-dua belah pihak dapat dibentuk, terutamanya dalam mempromosikan pelancongan domestik, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk membawa industri kereta api negara ke tahap yang lebih tinggi.

Semoga kerjasama antara KTMB dan GLHR ini dapat mencapai objektif dan menghasilkan rangkaian pengangkutan kereta api yang lebih mampan. Pelanggan KTMB kini akan mempunyai rangkaian destinasi yang lebih luas untuk dilawati, yang secara tidak langsung akan mempromosikan pelancongan di rantau ini.

-KTM Berhad.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.