Sunday 14 May 2023

Lenggong Outdoor Festival Ride @ Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak ( 18 June 2023 )

 

Sertai kami dalam acara Lenggong Outdoor Festival Ride anjuran Tanjak Adventure & Tour, bersempena Outdoor Festival 2023 anjuran LOCCO yang akan berlangsung di Resort Tasik Raban Lenggong pada bulan Jun nanti.

Kayuhan melalui pekan lama, kampung-kampung dan alam semulajadi Lenggong sememangnya akan membuat anda terpukau dengan keindahan Lenggong.
Anda juga berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu Modenas Kriss 110 dan macam-macam lagi. Terdapat juga banyak lagi aktiviti yang menanti anda seperti Sembang Santai Bersama Ikon Basikal, Cycling Clinic, Peraduan Basikal Tercantik dan banyak lagi.

Tunggu apa lagi? Daftar sekarang dan kongsi berita ini dengan rakan-rakan anda yang lain.
Jarak: 45KM
Tarikh: 18 Jun 2023 (Ahad)
Masa: 08:00 AM
Tempat: Resort Tasik Raban, Lenggong Perak

HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH:
Modenas Kriss 110
Yuran Pendaftaran RM60/pax termasuk:
> T-shirt penyertaan
> Pingat penyertaan
> Nombor cabutan bertuah
> Akses kepada Cycling Corner & kawasan ODF
Hubungi kami di talian 013-736 0302 untuk pendaftaran
atau
Dapatkan tiket anda di https://outdoorfest.my/odf-ride/
-Tanjak Adventure Tour fb.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.