TUANKU
Syed Faizuddin Putra Jamalullail(kanan) berkenan melawat Balbuk Haus di Kampung
Balik Bukit, Chuping, Padang Besar, Perlis.
PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memberi
sokongan penuh terhadap produk-produk pelancongan baharu di negeri ini yang
terus berkembang pesat.
Titah baginda, antara lokasi-lokasi terbaharu
tersebut adalah di kafe Balbuk Haus, Warung Chaq dan BBC Campsite di
Balik Bukit, Chuping di sini.
“Balbuk Haus disifatkan cukup unik manakala
Warung Chaq yang beroperasi sejak 20 Jun lalu juga sama yang menyediakan
pelbagai menu sarapan pagi menarik buat pengunjung.
“BBC Campsite yang terletak di Lorong Haji
Mahmud di sini mampu memuatkan 40 orang pada satu masa dengan 15 khemah
berlatar belakangkan pemandangan yang cukup indah dan memukau,” titah baginda
selepas berkenan mengetuai Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Perlis (MAIPs) Peduli di sekitar kawasan Kampung Balik Bukit, Chuping, di sini
hari ini.
Dalam program tersebut, baginda turut berkenan
menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat kepada tiga asnaf terpilih
di mana masing-masing menerima bantuan sebanyak RM700 setiap seorang.
Dalam pada itu, pemilik Balbuk Haus, Ahmad
Soffi Abdul Manah, 33, berkata, konsep awal kafe miliknya itu adalah bagi
menikmati makanan secara privasi sambil ditemani bunyi unggas dan dikelilingi
sawah padi.
“Memasuki
pertengahan 2022, Balbuk Haus secara perlahan-lahan beroperasi sebagai sebuah
kafe kecil dengan mengekalkan menu utamanya iaitu Nasi Lalap berasal dari Sabah
dan beberapa kuih tradisional lain,” katanya.
https://www.facebook.com/tourismofperlisofficial
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.