Friday 22 July 2022

300 orang ‘serbu’ Kampung Laut setiap hari

 


TUMPAT: Seramai 300 orang pengunjung ‘menyerbu’ laman seni dan warisan serunding di Kampung Laut di sini, setiap hari sejak kawasan itu beroperasi sepenuhnya awal bulan ini.

Pengurus Besar (Bahagian Pelaksanaan Projek) Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Arizan Arifin berkata, jumlah pengunjung naik sekali ganda setiap kali hujung minggu.

Menurutnya, projek dengan kos RM20 juta membabitkan dua fasa pembinaan iaitu Laman Warisan Serunding dan Laman Seni yang bermula sejak 2019 itu siap sepenuhnya pada Mac lalu.

“Laman Warisan Serunding  menempatkan 11 pengusaha serunding dan dodol manakala Laman Seni menempatkan semula Masjid Kampung Laut berusia lebih 400 tahun, kedai kraftangan, kaligrafi, batik dan wau yang menempatkan 12 peniaga.

“Hasrat pihak kami ialah mahu menjadikan tempat ini sebagai destinasi pelancongan yang wajib singgah. Apabila pelancong datang ke sini mereka boleh meneroka ke tempat-tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi lawatan di laman warisan tersebut.

Arizan memberitahu, pemindahan Masjid Kampung Laut yang sebelum ini berada di Nilam Puri, Kota Bharu tempat asalnya di sini mampu merancakkan sektor ekonomi di kawasan ini.

Katanya, ECERDC merancang pembangunan secara mapan kerana mahu penduduk di Kampung Laut menikmati limpahan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan. 

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.