Thursday, 27 January 2022

Umrah dibenarkan 8 Februari ini

 


PETALING JAYA: Umat Islam di negara ini dibenarkan kembali mengerjakan umrah mulai 8 Februari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya  Datuk Seri Nancy Shukri berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi semua jemaah bagaimanapun masih belum diputuskan dan akan ditetapkan bersama agensi pengurusan umrah selepas ini.

Katanya, kerajaan dalam masa yang sama juga tidak berhasrat untuk menangguhkan ibadat tersebut disebalik penularan virus jenis Omicron.

“Penangguhan hanya sebulan sahaja dan umat Islam yang mahu mengerjakan umrah boleh berbuat demikian pada  8 Februari ini.

“Namun SOP baru akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila balik (dari Tanah Suci) nanti mereka (jemaah) dapat pilih di mana mereka nak dikuarantinkan,” katanya semasa menghadiri majlis  pelancaran Video Dream Malaysia melalui kerjasama Tourism Malaysia dan GoPro Malaysia di Hotel EQ, di sini hari ini.

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.