Sunday 30 January 2022

Ekspres Koc Basikal (XKB) oleh KTM Berhad

 


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) semalam memperkenalkan perkhidmatan terbaharu, iaitu Ekspres Koc Basikal (XKB) kepada umum melalui Program Familiarization Trip (FamTrip) Ekspres Koc Basikal (XKB).

Kira-kira 150 orang peserta menyertai program ini yang terdiri daripada pengamal media, wakil Tourism Malaysia, syarikat swasta, wakil kelab berbasikal dan beberapa jemputan yang lain.

Pada program FamTrip ini, para peserta dibawa menaiki tren XKB dari Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Tanjung Malim. Setibanya di Stesen Tanjung Malim, sekitar jam 8.30 pagi, aktiviti berbasikal secara santai dilakukan selama dua jam menggunakan laluan Stesen Tanjung Malim – Sungai Bil – Behrang Ulu – Sungai Dara – Sungai Bil - Stesen Tanjung Malim sejauh 49 kilometer.

Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob berkata “KTMB memperkenalkan perkhidmatan XKB, iaitu tren sewa khas bukan sahaja kerana aktiviti berbasikal merupakan trend masa kini dan menjadi gaya hidup ramai rakyat Malaysia. Bahkan pengenalan XKB adalah untuk memberi pengalaman baharu dan unik kepada peminat tegar aktviti berbasikal. Dengan menaiki kereta api, mereka boleh meneroka lokasi berbasikal yang menarik di sepanjang rangkaian laluan tren KTMB. Ia juga selamat dan tidak begitu memenatkan kerana mereka tidak perlu memandu jika ke lokasi yang jauh”.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi talian 03-2263 1077 atau e-mel kepada chartertrain@ktmb.com.my

-KTM Berhad.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.