KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri merangka 22 acara bagi menarik seramai tiga juta pengunjung ke Terengganu, tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, antara acara itu termasuk Karnival Beautiful Terengganu di Tasik Kenyir pada 23 hingga 25 Februari depan.
Katanya, sempena acara terbesar itu, kerajaan negeri juga akan merasmikan jambatan ikonik di Pulau Poh sebagai simbolik pembuka tirai sektor pelancongan Terengganu.
“Perasmian jambatan berkenaan akan diadakan pada sebelah malam dengan pelbagai program menarik kerana kita berharap dapat menghidupkan suasana malam di Tasik Kenyir.
“Saya percaya penganjuran 22 acara ini dapat meningkatkan kemasukan pelancong di samping pendapatan penduduk setempat,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kalendar Acara 2022 Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu di sini, hari ini.
Ariffin berkata, acara baharu yang diperkenalkan seperti Festival Warisan Sungai, Hutan Ration Ultra Run, Festival Udara Antarabangsa dan Cabaran Jetski Tasik Puteri.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.