Thursday 27 January 2022

Nasihat Masa Perjalanan Sempena Cuti Tahun Baru Cina Oleh PLUS

 


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan jumlah trafik daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta buah kenderaan sepanjang perayaan Tahun Baru Cina yang bermula 28 Januari 2022 sehingga 6 Februari 2022 ini.

Bagi menguruskan peningkatan trafik yang mendadak ini, PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan dan panduan buat orang ramai dalam merancang perjalanan mereka. Orang ramai yang akan bergerak meninggalkan Lembah Klang untuk ke destinasi-destinasi di utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak serta Johor di selatan disarankan supaya mula memasuki lebuhraya sebelum jam 10:00 pagi.

Untuk ke destinasi-destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang, orang ramai dinasihatkan supaya mula memasuki lebuhraya selepas jam 1:00 tengahari.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi menggalakkan orang ramai supaya dapat merancang perjalanan mereka berpandukan kepada TTA. Ia bagi mengelakkan kemungkinan kesesakan di lebuhraya apabila kenderaan yang menuju ke pelbagai destinasi terkumpul di satu-satu lokasi di lebuhraya secara serentak.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan ketika berhenti rehat di R&R dan hentian sebelah di sepanjang lebuhraya. Pada ketika ini, pendaftaran menerusi MySejahtera masih lagi dikuatkuasakan dan orang ramai yang telah lengkap divaksin dibenarkan untuk makan di ruang makan di R&R.

Datuk Zakaria juga menasihatkan pengguna lebuhraya supaya memandu dengan lebih berhati-hati dan lebih peka ketika hujan serta mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan pemanduan. Beliau turut menegaskan bahawa perancangan perjalanan yang teliti dan penyelenggaraan kenderaan perlu diberi keutamaan bagi meningkatan keselamatan selain daripada pemakaian tali pinggang keledar keselamatan di tempat duduk hadapan dan belakang serta kerusi keselamatan kanak-kanak. Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan ketika memandu di lebuhraya.

Pada masa yang sama, pasukan PLUSRonda sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada pengguna lebuhraya dan boleh dihubungi menerusi talian PLUSLine 1800 88 0000 yang beroperasi 24-jam setiap hari.

Bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar di lebuhraya, sila pastikan baki kad Touch ‘n Go dan baki eWallet RFID Touch ‘n Go sentiasa mencukupi.

Visual serta maklumat trafik terkini boleh diperolehi menerusi paparan CCTV di dalam aplikasi PLUS. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan mengikuti Twitter PLUSTrafik dan Chatbot PUTRI serta aplikasi Waze ataupun GoogleMap.

-PLUS.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.