Walau bagaimanapun, baginda bertitah supaya kerajaan negeri terus meningkatkan pembangunan, khususnya penyediaan infrastruktur untuk kemudahan dan keselesaan warga pulau.
“Kembara Jelajah Pulau kali ini ada peningkatan. Saya harap kerajaan negeri meneruskan kerja infra (kemudahan) untuk penduduk pulau,” titah baginda ketika ditemui selepas majlis penutupan Kembara Jelajah Pulau Mersing 2016 di Pulau Sibu, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim dan barisan ahli Exco kerajaan negeri.
Sultan Ibrahim bertitah, sumber air bersih yang disalur ke semua pulau di daerah ini juga semakin bertambah baik yang boleh dimanfaatkan semua penduduk.
“(Bekalan) air nampak sudah bagus selain bantuan daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) juga bagus,” titah baginda.
Kembara Jelajah Pulau Mersing 2016 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam menyaksikan Sultan Ibrahim melawat ke lapan pulau di sekitar perairan daerah ini.
Jelajah tersebut yang melibatkan jarak pelayaran lebih 500 kilometer itu juga termasuk dalam siri Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang kini memasuki edisi ke-20.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.