TEE SIEW KIONG dan pengusaha inap desa bergambar bersama motosikal yang telah diubah suai sempena perasmian Dewan Homestay Kampung Puteri Menangis di Ayer Baloi, Pontian, semalam. |
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, pengiktirafan itu akan membuka lebih banyak pasaran dan pengusaha inap desa termasuk 31 Desa Stay Johor harus menyahut cabaran tersebut.
“Pengiktirafan sedemikian penting bagi menarik pelancong dari seluruh dunia berkunjung ke negeri Johor dengan memilih inap desa sebagai tempat penginapan dan juga akan menyertai aktiviti penduduk.
“Peluang mendapat pengiktifaran AHS perlu diambil kesempatan oleh pengusaha inap desa untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung selain menawarkan pakej-pakej yang menarik,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Homestay Kampung Puteri Menangis dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Ayer Baloi, di sini hari ini.
Yang turut hadir Penghulu Mukim Ayer Baloi, Mohd. Faidzullah Yusuf; Ketua Kampung Kawasan (1) Mukim Ayer Baloi, Ahmadon Salim dan Pengerusi Homestay Puteri Menangis, Sujak Hussein.
Siew Kiong berkata, usaha tersebut akan dibantu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk membolehkan mereka memahami syarat-syarat AHS selain meningkatkan daya saing produk masing-masing ke peringkat antarabangsa.
“Selain itu, pelancong sebenarnya ingin merasai pengalaman baharu tinggal di kampung atau desa yang tidak terdapat di tempat mereka selain makanan, adat dan budaya tempatan termasuk pekerjaan dan sebagainya,” katanya.
Menurut Siew Kiong, sejajar dengan konsep Johor Berkemajuan yang diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pengusaha inap desa juga perlu mempunyai pemikiran serantau dan global.
“Untuk berjaya mereka perlu saling bekerjasama dengan pihak-pihak yang terlibat dengan industri pelancongan dan tidak menyifatkannya sebagai aktiviti sampingan sahaja,” ujarnya.
Kata beliau, bagi meningkatkan sistem penyampaian, Tourism Johor akan menganjurkan kursus bahasa Inggeris kepada semua pengusaha inap desa dan Desa Stay Johor bagi memudahkan mereka berkomunikasi.
Tambahnya, program ini akan diadakan pada September dan Oktober ini dengan objektif utamanya memberi pendedahan asas berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan pelancong luar negara.
Oleh itu beliau berharap, mereka perlu bersedia mengikuti kursus yang pertama kali diadakan itu kerana perkara tersebut penting untuk sektor pelancongan negeri ini.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.