Saturday 12 March 2016

Teater Muzikal Randai “CINDUA MATO” @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 25 - 27 Mac 2016 )


Dikenali dengan nama Kaba Cindua Mato. Merupakan sebuah karya sastera lisan masyarakat Minangkabau yang popular. Naskhah ini disimpan di Universiti Leiden dan di Perpustakaan Nasional, Jakarta, Indonesia.

Tergolong sebagai sastera kepahlawanan, epik serta keperwiraan yang mengetengahkan cerita perjuangan seorang tokoh untuk membela kerajaan Minangkabau. Cindua Mato merupakan tokoh yang berfungsi mengukuhkan kebesaran dan keagungan Ratu dan Raja Minangkabau dengan cara menghapuskan kezaliman serta menegakkan kebenaran.

Masyarakat Minangkabau, meletakkan wanita pada taraf tinggi dan dimuliakan. Oleh itu, susurgalur keturunan dalam masyarakat Minangkabau mengikut garis keturunan ibu (wanita). Harta pusaka seperti rumah, sawah serta ladang diwariskan kepada wanita.

Melalui cerita Cindua Mato, jelas menceritakan kesesuaian seorang wanita dalam kedudukannya bedasarkan adat Minangkabau. Watak Bundo Kanduang diletakkan sebagai Ratu Kerajaan Pagarruyung yang besar dan agung. Serta merupakan tokoh yang pintar, cerdas dan arif bijaksana.


Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265558

-AirAsia RedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.