Monday, 24 November 2014

Takhta 3 Ratu @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 13 ~ 22 December 2014 )

Galuh Chenderai, Puteri Majapahit merupakan isteri pertama kepada Sultan Mansur. Kesempurnaan Galuh Chenderai membuatkan Sultan Mansur benar-benar jatuh cinta kepada puteri ini. Perkahwinan yang awalnya bahagia akhirnya menjadi pahit apabila Melaka diserang oleh Ayothaya hingga menyebabkan Sultan Mansor mengambil keputusan untuk mengahwini Li Po puteri dari China sebagai menyimpul teras perlindungan dari Empayar Cina. 

Galuh berusaha menambat hati Sultan Mansur dan dalam waktu yang sama memastikan dia dapat melahirkan zuriat bagi menggantikan takhta Sultan Mansur nanti. Tuah adalah tempat dimana Galuh sering meluahkan perasaan sedih dan kecewanya terhadap Sultan Mansur. Dia juga banyak meluangkan masa bersama Tuah untuk mempelajari gerak silat kerana dia mahu menjadi srikandi kepada suami tercinta. Li Po pula hatinya masih berada di China. Hanya tubuhnya menjadi cagaran kepada segala permainan kuasa politik antara Sultan Mansur dan China. Li Po akhirnya tersungkur mencintai Sultan Mansur. Sultan Mansur masih berdiri teguh memburu kuasa melalui negara tawanannya. 

Li Po hamil dan ini memberi tamparan yang hebat kepada Galuh Chenderai. Lantaran berbagai cara diusahakan agar dia dapat memperolehi zuriat dengan segera. Akhirnya Galuh Chenderai hamil dan disinilah bermulanya sengketa dalam diam antara Galuh Chenderai dan Li Po. Dalam pada itu, Ayothaya telah bersepakat dengan Inderapura hendak menyerang Melaka. Berita itu diketahui oleh Tun Perak lantaran dia mencadangkan kepada Sultan Mansur supaya menikahi Lela Wangsa iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura pemerintah Inderapura. Cadangan itu sampai ke pengetahuan Galuh Chenderai dan Li Po. Tersangatlah sedih dan kecewanya kedua-dua wanita ini apatah lagi mereka sedang sarat mengandung. Bertambah bencilah mereka kepada Tun Perak kerana semua ini adalah hasil buah fikirannya. Namun, bukan mudah untuk Tuah membawa pulang Lela Wangsa meskipun dia sudah berjaya menewaskan panglima-panglima Inderapura namun dia terpaksa berhadapan dengan Lela Wangsa yang tidak kurang hebatnya didalam seni memertahankan diri.

Sampai di Melaka, Lela Wangsa mempunyai agendanya sendiri. Dia mahu menakluk tanah Melaka sebagai membalas dendam. Bermulanya dendam Lela Wangsa menyebabkan huru hara keadaan didalam istana hasil percaturannya.

Sultan Mansur pula mengumumkan Raja Husain sebagai Raja Muda Melaka. Li Po tidak puas hati. Bertambah sakitlah hati Li Po kepada Galuh Chenderai ditambah pula dengan hasutan Lela Wangsa maka berlakulah persengketaan yang tidak terlihat oleh Sultan Mansur. PERGOLAKKAN 3 RATU YANG BEREBUTKAN TAKHTA MELAKA. SIAPAKAH YANG BAKAL MENDUDUKINYA??

Lakonan ERRA FAZIRA, SOO WINCCI, IZREEN AZMINDA, AWIE, AZRI ISKANDAR, BETO KUSYAIRI, DATO’ RAHIM RAZALI, REMY ISHAK, ELLIE SURIATY, TASHA SHILA, MIOR HASHIM MANAP, MICHAEL ANG.



Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
KLCC (TEL: 03 - 2181 5560)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
5. Tune StoreLow Yat Plaza

-AirAsiaRedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.