Tawaran bersempena Pakej Melancong Bonanza 3 bermula pada musim luruh iaitu 1 September hingga 31 Oktober 2013 dan pelanggan boleh mula menempah sekarang sehingga 31 Julai 2013.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab. Rahman Mohd. Ali berkata, pelbagai destinasi baru diperkenalkan pada pakej kali ini dengan harga tawaran murah dan menarik.
Walaupun pelanggan membeli dengan harga murah tetapi jangan risau kerana perkhidmatan yang disediakan pasti memuaskan hati dan berkualiti.
Kami sentiasa meningkatkan taraf perkhidmatan dengan menaikkan taraf kualiti hotel dari tiga ke empat bintang, bas yang digunakan kurang lima tahun, pemilihan restoran halal bertaraf lebih tiga bintang serta pemilihan ketua pelancong yang bertanggungjawab dan berpengetahuan dan telah mengikuti kursus ketua pelancongan," katanya semasa melancarkan Pakej Melancong Bonanza 3 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain itu, kami turut mendapat rakan pengurusan darat di luar negara yang memahami budaya dan kehendak pelanggan POTO Travel," katanya yang akan menambahkan tiga lagi cawangan di Kuantan, Seremban dan Kuching dalam masa terdekat.
Ab. Rahman menambah pihaknya mensasarkan 3,500 tempat duduk bagi Pakej Bonanza 3 dan berharap akan mendapat melebihi 85 peratus sama seperti Pakej Bonanza 1 dan 2 sebelum ini. Lebih istimewa selain pakej menarik dan mampu milik, kami berbesar hati menawarkan harga istimewa bagi warga emas berusia 55 tahun ke atas," katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi itu boleh hubungi POTO Travel & Tours di talian 03-92006640 (ibu pejabat); 03-88888640 (cawangan Putrajaya); 07-9326640 (cawangan Segamat) atau 07-2346640 (cawangan Johor Bahru atau layari laman web www.pototravel.com.my.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.