Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata, pakej itu dibangunkan dengan kerjasama 91 agensi pelancongan tempatan dan turut mendapat sokongan Tourism Malaysia peringkat negeri.
“Pakej ini mula diperkenalkan pada Disember 2011 bermula di Putrajaya iaitu Pakej Berbasikal Menjelajah Putrajaya dan terbaru Pakej Istimewa Tersang di Raub, Pahang pada 24 Mac lalu.
“Sepanjang 2012, nilai keseluruhan pakej berbasikal yang sudah terjual di seluruh negara adalah RM411,180 dan ini menunjukkan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sukan ini, sekali gus membolehkan mereka terus berbasikal walaupun sedang bercuti bersama keluarga,” katanya pada sidang media selepas menyertai kayuhan kategori VVIP pada acara Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 di sini, semalam.
Peserta wanita dibantu petugas kejohanan mengangkat basikal.
Turut hadir, Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar, Timbalan Pengarang Kumpulan, Abdul Ghafar Ismail, Pengarah Perkhidmatan Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Muhamad Haitamin Ishak dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad.
-myMetro online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.