Wednesday 10 April 2013

Artis popular di Pesta Air PD


Dari kiri, Ani Maiyuni, Ella dan Ayu OIAM (depan) bakal munucl di Pesta Air Malaysia Port Dickson, Sabtu ini.

Jika anda seorang yang suka dengan aktiviti rekreasi di pinggiran laut yang membiru, Pesta Air Malaysia Port Dickson 2013 adalah salah satu program yang harus dikunjungi.

Bakal berlangsung selama tiga hari bermula 12 April depan di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, pesta ini dijangka mampu menarik lebih 100,000 pengunjung. Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Daing Muhamad Rahimi Abdul Hamid berkata, ada sebab mengapa program itu mampu menarik jumlah pengunjung yang ramai.

“Jumlah pengunjung yang besar itu mampu dicapai dengan pengiktirafan yang telah diberikan ke atas Port Dickson sebagai Bandar Pantai Peranginan Negara.
“Malah, Port Dickson juga menjadi pilihan sebagai lokasi pembuka tirai untuk Festival Air Malaysia yang dilangsungkan secara berturut-turut sebelum Labuan dan Pulau Langkawi," jelasnya.

Dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan ia turut disokong oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson.

Tambah Daing, pelbagai aktiviti dan program seperti sukan tradisional dan moden juga akan diadakan untuk menyerikan lagi pesta itu.
“Antara acara sukan yang akan diadakan ialah bola sepak pantai tadika, bola sepak pantai (terbuka), tarik tali, futsal pantai, pertandingan jet ski, cabaran pesta pancing dan banyak lagi.

“Selain itu, persembahan artis terkenal tanah air juga akan diadakan termasuklah persembahan istimewa daripada Ratu Rock, Ella," jelasnya.
Antara artis lain yang akan muncul dalam konsert pada 13 April itu ialah Nubhan, Lena AF, Ayu OIAM, Ani Maiyuni, Roslan Shah, Sharifah Sahora dan Kumpulan The Vella.

Jelasnya lagi, untuk memeriahkan pesta itu lagi, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika, cabaran memasak pantai, karokae PD, battle of the band, sukaneka pantai dan pertunjukkan raja ular turut diadakan. Orang ramai yang berminat menyertai aktiviti yang dianjurkan dan gerai jualan boleh menghubungi 019-6140275 (Joy) atau 012-2846811 (Aley) untuk keterangan lanjut.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.