Lebih menarik, taman tema air yang dilengkapi dengan kolam yang luas serta pelbagai kemudahan permainan khususnya untuk kanak-kanak itu menjadi sebab dan tarikan utama mengapa pengunjung berkeluarga memilih resort berkenaan sebagai destinasi penginapan mereka. Hamparan pasir pantai yang mengelilingi kemudahan tersebut sekali gus mewujudkan suasana seperti berkelah di tepi pantai atau dalam kata lain bagaikan ‘pantai dalam resort.’
Dengan keluasan di kawasan tersebut, golongan dewasa turut boleh bersantai serta melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain polo air, bola tampar pantai dan air termasuk ‘senam aerobik akuatik.’ Bukan itu sahaja, hotel berkenaan turut menyediakan ruang restoran, karaoke, sauna, jakuzi, kedai serbaneka, ‘Kids Club’, ginasium serta kemudahan jalur lebar tanpa wayar (WiFi).
Antara aktiviti riadah lain, TBR juga menawarkan kemudahan berbasikal, ruang permainan video, ping pong dan dart khusus untuk para pengunjungnya. Maka tidak hairanlah, resort yang dibina atas tapak seluas 8.4 hektar terletak di Batu 13, Pasir Panjang, dekat sini, itu tidak lekang dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun.
Pengarah Eksekutifnya, Kelvin Cheong berkata, pihaknya sentiasa menitikberatkan aspek keselesaan, kebersihan, keselamatan dan keseronokan demi kepuasan pengunjung yang menginap di resort berkenaan. ‘‘Untuk itu, kita sentiasa menaik taraf segala kemudahan yang terdapat di resort ini dari semasa ke semasa kerana kami mahu setiap pengunjung pulang dengan pengalaman yang mereka tidak boleh lupakan.
‘‘Tahun lalu sahaja, kita membelanjakan kira-kira RM2 juta bagi tujuan menaik taraf ruang penginapan serta segala kemudahan di sini terutamanya taman tema air yang menjadi daya tarikan utama TBR,” katanya di sini baru-baru ini.
Menurut Cheong, taman tema air TBR turut menampilkan sebuah permainan baru iaitu ‘Kapal Lanun’ yang siap dibina pada hujung tahun lalu. ‘‘Ia dibina khas untuk kanak-kanak berumur antara 5 tahun dan 12 tahun. Kita juga telah menaik taraf pantai buatan dan kolam mandi di taman tema ini yang bersaiz lima kali ganda kolam renang berstandard olimpik bagi memberi kepuasan maksimum kepada para pengunjung.
‘‘Selain itu kolam khas untuk kanak-kanak juga dibina berteraskan keselamatan di mana ia cetek dan selamat serta dilengkapi air terjun, papan gelongsor dan buaian,” ujarnya.
Di samping itu, Cheong menambah, TBR juga menjadi lokasi pilihan bagi sektor korporat menjalankan program seperti hari keluarga, seminar, bengkel serta persidangan. ‘‘Kita juga mempunyai 16 bilik persidangan termasuk dewan besar yang mampu menampung sehingga 2000 orang dalam satu masa,” katanya.
Jelasnya lagi, sejak dibuka, TBR telah menerima sebanyak 11 anugerah termasuk Best Leisure Family Resort 2010 oleh The Malaysia Book Of Records.
-Utusan Online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.