Friday, 4 February 2011

Situasi Terkini Di Mesir 4 Februari 2011 (Dari website Wisma Putra)

SITUASI TERKINI DI MESIR
 
Situasi terkini di Mesir masih tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro - Mubarak dengan penyokong antikerajaan terutamanya di bandar raya Kaherah dan Iskandariah.
 
Klasifikasi tahap keselamatan masih di tahap MERAH: Gerakan pemindahan (evacuation) diperlukan dan sedang dilaksanakan.
 
Semua penuntut dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah dilaporkan selamat.
 
Evakuasi pelajar Malaysia telah bermula pada 3 Februari 2011.
 
Seramai lebih kurang 3,600 pelajar/rakyat Malaysia dari Kaherah dan Iskandariah akan dipindahkan dari Mesir ke Jeddah pada hari ini, 4 Februari 2011. Ia melibatkan sebanyak sembilan (9) penerbangan RMF (tertakluk kepada kelulusan penerbangan pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah), dua (2) penerbangan MAS dan dua (2) penerbangan AirAsia X. (Untuk makluman Dato’ Sri, jadual penerbangan adalah seperti di Lampiran).
 
Pesawat pertama membawa pelajar Malaysia iaitu pesawat MAS (MH8010) telah selamat mendarat di Jeddah pada jam 6.15 pm (waktu tempatan), 3 Februari 2011 dengan membawa 365 orang pelajar Malaysia. Kesemua pelajar telah diberikan Visa on Arrival (VoA) oleh pihak Berkuasa Arab Saudi. MAS akan mengadakan penerbangan ulang-alik dari Jeddah-Kaherah-Jeddah dua kali sehari.
 
Pesawat Air Asia X telah mendarat di Jeddah pada jam 12.30 am (waktu tempatan), 4 Februari 2011 dengan membawa 312 pelajar Malaysia. Proses dokumentasi (VoA) sedang dijalankan.
 
Tiga pesawat C-130 TUDM, RMF 497; RMF 498; dan RMF 499 telah selamat sampai di Jeddah pada 2.15 am, 4 Februari 2011. Pesawat-pesawat tersebut dijangka akan memulakan operasi pemindahan pada hari ini.
 
Kapal Bunga Mas (BM5) akan sampai ke Suez Anchorage pada 5 Februari 2011, jam 4.00 pm (waktu tempatan) dan 9.00 pm (waktu Malaysia). Kapal ini boleh memuatkan 500 orang penumpang.
 
Kesemua 677 pelajar dan rakyat Malaysia yang dikeluarkan dari Mesir telah dan akan ditempatkandi Kompleks Tabung Haji di Madinatul Al Hujjaj, Jeddah yang boleh menempatkan seramai 2,000 orang. Makanan dan minuman sepanjang tempoh mereka di sana akan disediakan oleh Tabung Haji. Segala kos penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.
 
Keputusan berhubung status rakyat Malaysia sama ada akan dibawa balik ke Malaysia selepas itu adalah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia.  
 
Nota:
Semua dakwaan berhubung rakyat Malaysia perlu membayar wang bagi membolehkan Kerajaan memindahkan mereka keluar dari Mesir ke Jeddah adalah tidak benar sama sekali. Rakyat Malaysia juga tidak perlu membayar untuk makanan dan minuman serta penginapan semasa di Jeddah.
 
Wisma Putra, PUTRAJAYA
 
4 Februari 2011
  
 LAMPIRAN
 
Jadual penerbangan evakuasi bagi 4 Februari 2011 adalah seperti berikut:
  
                  JADUAL PENERBANGAN BAGI 4 FEBRUARI 2011
 
PESAWAT
 
 
ETD KAHERAH
 
MH8012/13
10.25 am (waktu tempatan)
MH8020/21
7.50 pm (waktu tempatan)
AirAsia X
4.30 pm (waktu tempatan)
AirAsia X
12.30 am (05/03/2011)
(waktu tempatan)
 
RMF 497 dan
RMF 498
(6 perjalanan)
 
3.00 pm/ 7.00 pm/ 10.00 pm
(waktu tempatan)
 
 
 
ETD ALEXANDRIA
 
RMF 499
(3 perjalanan)
3.00 pm/ 7.00 pm/ 10.00 pm
(waktu tempatan) 
 
 
 

 

1 comment:

  1. PELANCONGANKINI menyokong sepenuhnya usaha kerajaan Malaysia dalam membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir. PELANCONGANKINI juga akan memaparkan berita berkenaan dari masa ke semasa. Semoga rakyat Malaysia di Mesir dan mereka yang terlibat didalam Operasi Piramid samada di Mesir dan Saudi, semuanya akan selamat.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.