Friday, 22 October 2010

Guna Internet promosi pelancongan

KUCHING 20 Okt. - Rakyat Sarawak terutamanya pengusaha industri pelancongan seharusnya menggunakan kemudahan Internet untuk mempromosi serta memperkenalkan destinasi menarik di negeri ini kepada dunia. Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong Dagang berkata, ini kerana kemudahan Internet merupakan kaedah yang terbukti berkesan untuk mempromosikan Sarawak ke seluruh dunia. Sehubungan itu, katanya, pengusaha-pengusaha industri pelancongan di negeri ini diminta untuk menggunakan kemudahan tersebut dalam usaha memperluaskan pasaran dan produk masing-masing.

''Menerusi Internet, seseorang itu boleh mencipta laman web sendiri dengan meletakkan kandungan yang dapat memperkenalkan serta mempromosikan produk atau destinasi pelancongan menarik di Sarawak. ''Ini kerana, sebuah laman web yang sesuai bukan sahaja memudahkan pelanggan atau pelancong melihat huraian-huraian tarikan pelancongan di negeri ini, malah dapat terus membuat tempahan melaluinya," katanya.

-Utusan Online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.