Wednesday, 4 June 2025

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 ‘𝐋𝐚𝐮𝐧𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐟 𝐕𝐢𝐬𝐢𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔’ 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐘𝐀𝐁 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢, 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐃𝐫 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐝 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝𝐢 𝐝𝐢 𝐉𝐮𝐦𝐞𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐥𝐭𝐨𝐧 𝐓𝐨𝐰𝐞𝐫, 𝐋𝐨𝐧𝐝𝐨𝐧.

 

YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menghadiri dan seterusnya merasmikan program ‘Launching of Visit Malaysia 2026’ yang diadakan di Jumeirah Carlton Tower, London pada 3 Jun 2025.

Program ini telah diselaras sepenuhnya oleh Pejabat Tourism Malaysia London yang turut dihadiri seramai hampir 100 tetamu jemputan yang terdiri dari agen dan penggiat industri pelancongan tempatan, syarikat penerbangan, syarikat korporat termasuk media tempatan.

Program ini dimeriahkan dengan acara pembukaan oleh Kumpulan Seni Silat Gayong Malaysia, ucapan alu-aluan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang disusuli dengan sesi tayangan Video VM2026 dengan durasi 3 minit sebelum acara perasmian diteruskan dengan gimik paluan gong.

Pemberian Sijil kepada Rakan Strategik di pasaran United Kingdom turut diadakan yang kemudian diakhiri dengan pembentangan oleh pempengaruh dari UK iaitu Sophie Storm Roberts yang dikenali sebagai Executive Coach, Growth Mindset Expert & Keynote Speaker, yang turut berkongsi pengalaman beliau selama beberapa kali mengunjungi Malaysia.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.