Friday 19 April 2024

Kampar River Festival - An IRF World Cup Series ( 24 ~ 26 Mei 2024 )

 


Majlis Daerah Kampar akan menganjurkan perlumbaan rakit arus deras bertaraf “World Cup” yang pertama kali dianjurkan di Malaysia! 

Perlumbaan ini diiktiraf oleh International Rafting Federation (IRF) sebagai salah satu perlumbaan yang menyumbang mata kepada ranking pasukan bertaraf dunia.

Setiap pasukan dianggotai oleh lima orang peserta, dan pihak penganjur akan menyediakan seorang river guide berpengalaman untuk membantu mengemudi rakit semasa perlumbaan berlangsung.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah!

Ini adalah peluang keemasan untuk menunjukkan kehebatan anda di perlumbaan rakit arus deras, sambil menikmati keindahan Sungai Kampar di Gopeng, Perak.

Kami mengalu-alukan semua pihak dari jabatan dan agensi kerajaan untuk menyertai pertandingan yang berprestij ini.

Daftar sekarang dan sertai kami dalam mengukir nama di pentas antarabangsa!

-Majlis Daerah Kampar.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.