Sunday 5 June 2022

Pengiklanan Tourism Malaysia di pesawat Firefly Airlines, Dan Kempen Bersama #GoJalanLah!

 

SHAH ALAM, 4 Jun 2022 – Tourism Malaysia menjalinkan kerjasama bersama syarikat penerbangan Firefly Airlines menerusi pelancaran pengiklanan badan pesawat (livery) serta Kempen #GoJalanLah bermula 1 Jun sehingga 31 Mei 2023 dalam usaha meningkatkan promosi pelancongan domestik.

Pelancaran kempen tersebut yang berlangsung di Sky Park RAC Industrial Park Bukit Jelutong, Shah Alam hari ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Dato’ Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See.

Promosi Kempen #GoJalanLah menawarkan pembelian tiket penerbangan berserta hotel penginapan pada harga diskaun sehingga 35 peratus. Tempahan boleh dibuat di www.fireflyz.com.my sehingga 30 Jun 2022 bagi tempoh perjalanan sehingga 31 Disember 2022.

-Tourism Malaysia.

Firefly | Book now & experience beyond convenience today (fireflyz.com.my)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.