29 Jun 2022 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
merupakan agensi Kerajaan yang menguatkuasakan Akta Industri Pelancongan 1992
[Akta 482] dan Peraturan- Peraturan. Antara bidang kuasa MOTAC dalam
menguatkuasakan Akta 482 ialah melesenkan Pengusaha-Pengusaha Pelancongan di
bawah Seksyen 5 dan Pemandu Pelancong di bawah Seksyen 21.
Atas keprihatinan MOTAC terhadap pengusaha
pelancongan dan pemandu pelancong yang masih lagi terkesan susulan impak
pandemik COVID-19, MOTAC telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan
pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha
pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula dari
30 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2022. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada
bantuan sokongan daripada Kerajaan bagi membantu kelangsungan perniagaan dan
membantu syarikat untuk bangkit semula meneruskan perniagaan susulan penularan
wabak COVID-19.
Dengan pelaksanaan pelanjutan inisiatif ini, MOTAC
berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak untuk mengambil
peluang ini untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh yang
ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing bagi memastikan
pengecualian ini dapat dinikmati. Pengecualian fi pembaharuan lesen sehingga 31
Disember 2021 telah melibatkan 3,419 buah syarikat pengusaha pelancongan yang
berjumlah RM5,676,700.00.
Pihak Kementerian turut menyeru semua pengusaha
pelancongan dan pemandu pelancong yang terlibat untuk membuat pembaharuan lesen
dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pematuhan kepada perundangan sedia
ada.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.